Saturday, 30 October 2021
CERITA BURUJ -- LEO
Leo ialah salah sebuah buruj zodiak, terletak di -7O selatan dan +33O utara serta 9h22m dan 11h58m. Buruj leo berada di hemisfera utara dan ia dapat dilihatdari garis lintang +90O utara hingga garis lintang -65O selatan. Buruj leo mempunyai keluasan 947 darjah (O) persegi dan ia adalah buruj yang ke 12 terbesar di langit. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud singa, dan untuk orang Yunani Purba, buruj ini singa Nemea yang dibunuh oleh wira mitos Yunani Herakles (dikenali oleh orang Rom Purba sebagai Herkules) sebagai salah satu daripada dua belas tugasnya. Lambangnya ialah Leo (♌).Sebagai salah sebuah daripada 48 buah buruj yang diperihalkan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, Leo kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden kini, dan salah sebuah buruj yang mudah dikecam kerana banyak bintang cerahnya dan bentuknya yang tersendiri yang merupakan tinggal daripada singa dekam yang digambarkan olehnya. Surai dan bahu singa ini juga membentuk suatu asterisme yang dikenali sebagai "Sabit", yang mungkin menyerupai "tanda tanya" terbalik kepada para pencerap moden.
Buruj Leo dapat dilihat pada bulan-bulan berikut:
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM
Hujan meteor (tahi bintang):
Buruj Leo menghasilkan hujan meteor sebanyak sekali dalam masa setahun iaitu hujan meteor Leonids.
Bintang binari (Binary Star) yang terdapat dalam Buruj Leo:
~ Bintang Alpha merupakan satu binari berbilang sistem (multiple binary system) dengan bintang Kompani (companion) B, C dan D. Bintang Kompani B bermagnitud +8.1. 'sudut kedudukan' (position angle - P.A) kedua bintang ini pada 307O, manakala 'jarak dipisahkan' (separation - SEP) pada 177". Bintang Kompani B pula mempunyai bintang kompaninya sendiri iaitu Bintang Kompani C yang brmagnitud +13.00; P.A pada 86O. Bintang Kompani D adalah bintang optikal bagi Bintang Alpha. Ia bermagnitud +11.6; P.A pada 274O dengan 217".
~ Bintang Gamma merupakan bintang binari dengan kompani sebuah bintang yang mengorbitnya setiap 407 tahun. Ia berada pada P.A 124O dan SEP pada 4.4".
~ Bintang IOTA mempunyai bintang kompani yang bermagnitud +6.7: P.A pada 122O dan SEP pada 1.62". Ia mengorbit setiap 192 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.